:: Do YoU LoVe to saVe? ::

Friday, October 31, 2008

Keputusan exam SPA 8,Skim 15 Jawatan - PTD

Salam
Keputusan exam SPA skim 15 jawatan dah keluar, untuk jawatan PTD sahaja. Ada ke sesiapa yang lulus? Kalau lulus tahniah diucapkan. Yang gagal tu tunggu keputusan 14 lagi jawatan yang belum keluar. Jangan berputus asa cuba lagi.
Wassalam
Kak Zie

Wednesday, October 29, 2008

Sorry perjumpaan hari ni tak jadi











Salam buat semua...

Sorry kepada semua perjumpaan hari dibatalkan sebab Aliff ada keje luar. Di sini disertakan gambar masa Jamuan Raya MOF.

Tuesday, October 28, 2008

Kepada semua Pegawai kontrak intake June 08

Diminta kepada semua berkumpul di cafe pada pukul 1.00 tengahari esok (29/10/08).

Friday, October 24, 2008

Jamuan Raya Bajet

Hari ni jamuan raya anjuran kelab keluarga bhgn belanjawan(K2B2). Malas nak cakap banyak, mesti fizah n jen tak sabar2 nak tengok gambar .. he..he..


Fizah n Jen ngan PBB kitaorg yg baru Yg.Bhg Datuk Rahamat Bivi


Kenangan terakhir bersama YG. Bhg. Datuk Latifah, ex-PBB yg kini dah jadi Jusa A, Timbalan KSP ... aku la yg sebelah Datuk tu ...
Belajar beramah mesra dengan bos baru ...
KSP dan Datuk Latifah.

Amboi ... main suap2 la pulak ... ala Ila apa bestnya suap si Fiza ni ... baik ko suapkan satunya2 kumbang kat bawah ni ... mata pejam ... tapi mulut muncung ...



Apahal la mamat sorang ni ... suruh makan jer ... bukan tangkap lentok sekali.
Fizah , PTD Azlin, Ila, Onie dan Jen ... aku ... yg tukang ambik gambar la ... daaaaa!






























Monday, October 20, 2008

Jamuan Raya, Majlis Perpisahan dan Mengalu2kan YBMK1

Hi kawan2 ... ni jer gambar yg akak dapat utk jamuan raya MOF ni ... mana2 tuan punya kamera yg lain2 ... jgn la segan silu nak letak kat blog ni yer ... forum kiter tu akak jarang masuk ... banyak sangat la ni ... mahir pun idak .. he..he..

Ni muka2 yg dah kebulur sangat terbau2 nasi beriyani kat tepi tu ...




Thursday, October 16, 2008

~ saLam aiDiLfiTri ~

erm... masih lagi mo0d raya kan...
kengkawan kita kat forum pun senyap je..al maklumla lepas2 raya ni keja menimbun2...
sama la nasib kita semua nih..belum kira dengan yg modem meletop, internet tak berbayar dan macam2 lagi...hehehehe
apepun...walaupun kita tak sekerap dulu lepak kat forum n blog ni..kita still leh update kengkawan yg lain ttg committee kita ni la...
so..slamat bekerja rajin2...
untuk aku lak..doakan la aku tabah menghadapi hari2 yg penuh ngan meeting..pas keja br leh siapkan keja2 lain..huhuhuhu

~NaDeeYa_MisKiMaN ~

Wednesday, October 15, 2008

Peluang Pekerjaan


Salam...

Apa khabar ...semua senyap je lepas raya ni...busy ke? Kepada sesiapa yang nak cuba nasib...mana lah tahu kalau ada rezeki dapat kerja tetap. UKM ada menganjurkan hari kerjaya 2008 (yang terbesar setakat ni berbanding tahun2 sebelumnya) boleh la berkunjung di hari kerjaya UKM pada 17 hingga 19 Oktober ni. Kalau nak maklumat lanjut boleh buka laman web www.ukm.my. Boleh tengok senarai syarikat, kementerian, IPTA dll yang buka booth kat sana. Temuduga terbuka turut di adakan. Semoga berjaya mendapat kerja tetap.


Wassalam

K a K Z i E / ZiE

Monday, October 13, 2008

Watikah Dari Budget

Salam semua,

Baru dapat surat penempatan baru ... dari sektor A ( Pkhdmtn Am) ditukarkan ke sektor E (ekonomi) bermula 15 Oct. ni. Ditempatkan di Unit Pembangunan Usahawan dan Koperasi di bawah En. Huzaini ...

Perasaan tu sedih gak la ... rasa dah akrab sgt ngan staf2 kat sektor A ni ... tapi nak buat camana ... redhalah ... walau dengar macam2 pasal bos baru ... harap dapat buat the best kat tempat baru.

Kak Jem

Tuesday, October 7, 2008

Kak Eta berceloteh

Salam semua

Selamat bekerja semula.. Hari ni start keje dan untuk makluman u all, akak dapat surat dari PSM , akak kena tukar ke bahagian PSM, katanya under En.Razihan. Dulu mula-mula masuk akak dapat BSWP, then tukar BCP (Bahagian Perancangan Korporat) sekarang masuk BSWP balik... sedihnya nak tinggalkan bos kesayanganku.....

Seminggu sebelum raya akak sibuk dengan meeting post-cabinet yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib. Dapatlah tengok muka dia dekat2 sbb dalam meeting tu akak kena amik minutes.... Seksa jugak nak amik minutes sbb depa meeting cakap om putih. Tapi Alhamdullillah berkat tunjuk ajar dari my bos iaitu En. Abu Shamsi, tugas itu dapat juga diselesaikan. Nampaknya lepas ni tak jadi secretary lagi le... tempat saya akan diganti dengan En. Azman Yusof... tentang bila nak tukar kerja tu tak tau lagi. Tapi dalam surat tu berkuatkuasa 24 septeber 2008. Lecehlah kalau nak kena pindah office..

Pasti akak akan update u all bila kena pindah atau lain-lain hal ok..

Sibuk gak harini. Tapi Alhamdullillah meeting post-cabinet esok takde.. Kalau tak mesti lagi-lag-lagi sibuknya...