:: Do YoU LoVe to saVe? ::

Wednesday, December 31, 2008

Harini last day k.eta keje kat sini... nak ucapkan selamat tinggal kat semua kawan-kawan Warga PSUN41 June08. Walaupun hanya 6 bulan disini, tapi akak rasa seronok sgt terutamanya mendapat kawan-kawan baru iaitu u all. Akak doakan:
1) korang sihat selalu
2) dapat keje tetap

Dan doakan akak berjaya dengan KPLI ni ok. Oh ye.. mulai 12 Jan 2009 akak akan belajar semula di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia Lembah Pantai, Kuala Lumpur...

Senang2 boleh jenguk akak di Salam Desa Tanjung .

Dan untuk pengetahuan u all, selama ni akaklah yang tukar2 background tu.. lepas ni dah tak tukar kot... sebab masa tak mengizinkan...

Sayang u all semua......

Monday, December 22, 2008

Tahniah kepada yang berjaya KPLI

Salam,
Zie tumpang gembira dengan member2 yang dapat KPLI. Setakat ini yang Zie tahu Jem dan Eta yang dapat KPLI. Zie tumpang gembira dengan kejayaan kalian berdua. Akhirnya berjaya jugak Jem dan Eta hendak menjadi guru. Memang bertuah mereka berdua ni. Dah laaa... zaman belajar bersama, housemate zaman anak dara dulu , bekerja di MOF pun bersama dan sekarang mendapat KPLI di tempat dan krusus yang sama. Memang tidak dapat dipisahkan betul dua orang ni ibarat "isi dengan kuku". TAHNIAH diucapkan. Jangan lupa member2 di MOF ini. Selalu2 la hubungi kami di sini. Pasti Zie akan merindui kalian berdua.
Wassalam.
Zie

Friday, December 12, 2008

Cuti dikurang 5 hari


KUALA LUMPUR 11 Dis. – Mulai 1 Januari 2009, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru kecuali polis, tentera, penguat kuasa maritim dan pegawai pelajaran akan dikurangkan lima hari, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Pada masa ini, kakitangan awam menikmati kelayakan cuti tahun sebanyak 30 hari.

* Mengikut undang-undang, semua kakitangan awam yang sedang berkhidmat akan diberikan opsyen untuk mengekalkan kelayakan mereka atau memilih kelayakan baru yang dikurangkan itu.

* Borang opsyen akan dikeluarkan secepat mungkin kerana hari terakhir bagi membuat opsyen itu ialah 31 Disember.

* Mereka yang tidak mengembalikan borang opsyen itu menjelang tarikh itu akan dianggap memilih kelayakan sekarang.

Reaksi CUEPACS

* Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, mereka akan mengadakan perjumpaan dengan Ismail esok untuk membincangkan perkara itu selain isu lain yang relevan.

* Kesatuan itu mahu tahu rasional kepada pengurangan cuti itu.

* Adalah tidak adil untuk mengurangkan kelayakan itu kerana untuk jangka panjang kakitangan awam baru akan kerugian.

* Sebagai contoh, kemasukan baru ke dalam perkhidmatan awam yang berkhidmat selama 30 tahun, akan kerugian 150 hari yang bersamaan dengan lima bulan.

* CUEPACS akan memohon kakitangan terbabit diberikan pampasan.

– Bernama

Tuesday, December 9, 2008

:: SeLamaT haRi RayA aidiLaDha ::

kengkawan..aku da masuk opis arini...so aku rasa sempat lagi nak wish korang "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"...
atas rasa kebosanan yang berada di tahap yang melampau, aku da tataw nak watpe kat opis ni...walaupun sebenarnya keja amat banyak utk disetelkan..hukhukhuk
apepun..sempena hari baik dalam bulan yang penuh keberkatan ni..kita semua akan dapat apa jua yang kita impikan..insya Allah...

p/s: windu beb kat kengkawan aku di BEA dulu - alip, sya, aya, mardiana, dll...windu gak kat kengkawan yg da kuar MoF baru kamceng - ida, fizah bajet, diana zul, adi, tajul, md dah, dll...

Wednesday, December 3, 2008

Tahniah!

Tahniah untuk rakan2 yang berjaya exam PTD dan akan menghadiri PAC pada 11 dan 13 dec. 08 ni ... Selamat Berjaya!

All D' Best.

Kjem

Kawan-kawan...

Diam tak diam kita dah keje kat sini 6 bulan + 1 hari.... Inilah juga usia perkenalan kita. Mesti masing-masing sibuk nak mencari keje tetap. Semoga berjaya...