:: Do YoU LoVe to saVe? ::

Wednesday, December 31, 2008

Harini last day k.eta keje kat sini... nak ucapkan selamat tinggal kat semua kawan-kawan Warga PSUN41 June08. Walaupun hanya 6 bulan disini, tapi akak rasa seronok sgt terutamanya mendapat kawan-kawan baru iaitu u all. Akak doakan:
1) korang sihat selalu
2) dapat keje tetap

Dan doakan akak berjaya dengan KPLI ni ok. Oh ye.. mulai 12 Jan 2009 akak akan belajar semula di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia Lembah Pantai, Kuala Lumpur...

Senang2 boleh jenguk akak di Salam Desa Tanjung .

Dan untuk pengetahuan u all, selama ni akaklah yang tukar2 background tu.. lepas ni dah tak tukar kot... sebab masa tak mengizinkan...

Sayang u all semua......

Monday, December 22, 2008

Tahniah kepada yang berjaya KPLI

Salam,
Zie tumpang gembira dengan member2 yang dapat KPLI. Setakat ini yang Zie tahu Jem dan Eta yang dapat KPLI. Zie tumpang gembira dengan kejayaan kalian berdua. Akhirnya berjaya jugak Jem dan Eta hendak menjadi guru. Memang bertuah mereka berdua ni. Dah laaa... zaman belajar bersama, housemate zaman anak dara dulu , bekerja di MOF pun bersama dan sekarang mendapat KPLI di tempat dan krusus yang sama. Memang tidak dapat dipisahkan betul dua orang ni ibarat "isi dengan kuku". TAHNIAH diucapkan. Jangan lupa member2 di MOF ini. Selalu2 la hubungi kami di sini. Pasti Zie akan merindui kalian berdua.
Wassalam.
Zie

Friday, December 12, 2008

Cuti dikurang 5 hari


KUALA LUMPUR 11 Dis. – Mulai 1 Januari 2009, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru kecuali polis, tentera, penguat kuasa maritim dan pegawai pelajaran akan dikurangkan lima hari, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Pada masa ini, kakitangan awam menikmati kelayakan cuti tahun sebanyak 30 hari.

* Mengikut undang-undang, semua kakitangan awam yang sedang berkhidmat akan diberikan opsyen untuk mengekalkan kelayakan mereka atau memilih kelayakan baru yang dikurangkan itu.

* Borang opsyen akan dikeluarkan secepat mungkin kerana hari terakhir bagi membuat opsyen itu ialah 31 Disember.

* Mereka yang tidak mengembalikan borang opsyen itu menjelang tarikh itu akan dianggap memilih kelayakan sekarang.

Reaksi CUEPACS

* Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, mereka akan mengadakan perjumpaan dengan Ismail esok untuk membincangkan perkara itu selain isu lain yang relevan.

* Kesatuan itu mahu tahu rasional kepada pengurangan cuti itu.

* Adalah tidak adil untuk mengurangkan kelayakan itu kerana untuk jangka panjang kakitangan awam baru akan kerugian.

* Sebagai contoh, kemasukan baru ke dalam perkhidmatan awam yang berkhidmat selama 30 tahun, akan kerugian 150 hari yang bersamaan dengan lima bulan.

* CUEPACS akan memohon kakitangan terbabit diberikan pampasan.

– Bernama

Tuesday, December 9, 2008

:: SeLamaT haRi RayA aidiLaDha ::

kengkawan..aku da masuk opis arini...so aku rasa sempat lagi nak wish korang "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"...
atas rasa kebosanan yang berada di tahap yang melampau, aku da tataw nak watpe kat opis ni...walaupun sebenarnya keja amat banyak utk disetelkan..hukhukhuk
apepun..sempena hari baik dalam bulan yang penuh keberkatan ni..kita semua akan dapat apa jua yang kita impikan..insya Allah...

p/s: windu beb kat kengkawan aku di BEA dulu - alip, sya, aya, mardiana, dll...windu gak kat kengkawan yg da kuar MoF baru kamceng - ida, fizah bajet, diana zul, adi, tajul, md dah, dll...

Wednesday, December 3, 2008

Tahniah!

Tahniah untuk rakan2 yang berjaya exam PTD dan akan menghadiri PAC pada 11 dan 13 dec. 08 ni ... Selamat Berjaya!

All D' Best.

Kjem

Kawan-kawan...

Diam tak diam kita dah keje kat sini 6 bulan + 1 hari.... Inilah juga usia perkenalan kita. Mesti masing-masing sibuk nak mencari keje tetap. Semoga berjaya...

Thursday, November 20, 2008

Individu sedih suka menonton



KAJIAN menunjukkan individu yang tidak gembira sering menghabiskan masa menonton televisyen berbanding mereka yang gembira.


ORANG yang tidak gembira, lebih gemar 'melekat' di kaca televisyen berbanding mereka yang gembira. Penemuan ini didapati daripada satu tinjauan terhadap lebih 30,000 rakyat dewasa Amerika yang dilakukan dari tahun 1975 hingga 2006.

Jadi, selepas ini, jika anda melihat seseorang terlalu banyak menonton televisyen berbanding orang lain, mungkin boleh disimpulkan bahawa dia tergolong dalam kalangan individu yang tidak gembira.

Ketika mereka yang gembira dilaporkan menonton televisyen purata 19 jam seminggu, orang yang tidak gembira didapati menonton purata 25 jam seminggu. Keputusan tersebut dilakukan selepas mengambil kira aspek pendidikan, pendapatan, usia dan status bujang atau sudah berkahwin.

Tambah mereka lagi, individu yang gembira lebih aktif dan bersosial, mengikuti aktiviti keagamaan, lebih banyak membaca akhbar berbanding mereka yang sebaliknya.

Bagaimanapun, pengkaji tidak dapat memastikan sama ada perasaan tidak gembira menyebabkan mereka gemar menonton televisyen atau dengan banyak menonton, itu akan membuatkan mereka tidak gembira.

"Data menunjukkan bahawa TV boleh menyebabkan penonton be rasa seronok untuk jangka masa pendek tetapi ia memberi kesan kepada perasaan tidak selesa dalam jangka masa panjang," kata pengkaji, John Robinson, seorang ahli sosiologi di University Maryland.

Menurutnya, mungkin juga, televisyen menjadi tempat mereka untuk melepaskan kedukaan.

"TV bukanlah sesuatu yang memerlukan seseorang berfikir. Jadi, manusia yang mempunyai kemahiran sosial yang kurang atau tidak seronok melakukan aktiviti lain boleh terus menontonnya," ujar Robinson dan rakan-rakannya dalam laporan jurnal Social Indicators Research.

Mereka menambah: "Rasa duka yang kronik boleh menjejaskan kerja dan menyebabkan seseorang tidak mahu bersosial. Jadi, orang yang tidak gembira akan menghiburkan dirinya secara pasif dengan menonton televisyen."

Namun begitu, para pengkaji berkata, kajian susulan perlu dilakukan untuk melihat hubungan antara televisyen dan kegembiraan.

Friday, November 14, 2008

Diri Kita Tatkala Di Dalam Perut Ibuda Tersayang..

SAYA MULAI DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA KASIHI LAGI MAHA SAYANGI TERHADAP HAMBA HAMBA NYA YANG BERIMAN KEPADA NYA .
ISLAM AGAMA KASIH SAYANG SESAMA UMAT MANUSIA DI ALAM SEJAGAT RAYA DI DUNIA INI .



Diri Kita Tatkala Di Dalam Perut Ibuda Tersayang...


Para sahabat yang ku cintai, kali ini kita akan memundurkan waktu sejenak dan melihat apa yang terjadi pada diri kita tatkala kita berada di dalam RAHIM ibuda kita. Sungguh begitu Agungnya Sang Ilahi membentuk, menjaga dan memelihara diri kita. Kasih Sayang-Nya meliputi seluruh alam semesta. Sungguh Engkau-lah Tuhan kami Yang Maha KasihSayang Ya Rob’bi .


T.q. Allah swt .

RAHIM wanita itu bahasa arab wahyu dengan makna kasihSayang Allah swt terhadap manusia yang ia ciptakan. RAHIM juga ada lah salah satu NAMA Allah swt .Bergitu Lah mulia Nya wanita di isi Allah swt .Bila mana suami isteri bersatu tubuh badan Nya yang dua menjadi SATU dengan penuh kasihsayang untuk mendapat zuriat yang TERSAYANG .

Sahabatku, foto-foto di bawah ini memperlihatkan proses apa saja yang terjadi pada sang janin kita hingga pada akhirnya kita menjadi seorang manusia pada hari ini . Prosesnya dijelaskan secara bertahap dimulai dari minggu ke 8. Mari Sahabatku kita mulai perjalanan ini.

“Saya mulai Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

Ingatan Allah swt kepada kita Manusia yang masih hidup ini ,

“Dialah yang membentuk kamu didalam RAHIM ibu mu sebagaimana dikehendaki-Nya.
Tak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Surah Ali- Imran Ayat 6


Photobucket






Photobucket


Dimulai pada minggu ke 4-8:

Terjadi pembentukan awal embrio diri manusia yang sudah memiliki sistim vaskuler (peredaran darah). Jantung janin mulai berdetik, dan semua organ tubuh lainnya mulai terbentuk. Muncul tulang-tulang wajah, mata, jari kaki, dan tangan.


Pada fasa ini pun sudah terbentuk jantung degutan yang terdiri dari dua selaput tipis. Selaput ini berisi air degutan tempat bayi terapung di dalam rahim. Air degutan akan menjaga bayi dari cedera akibat benturan dari luar selama masa kehamilan.


Photobucket


Pada minggu ke 8-12:

Organ-organ tubuh utama janin kita telah terbentuk. Bentuk kepalanya pun kini lebih besar dibandingkan dengan badannya, sehingga dapat menampung otak yang terus berkembang dengan pesat. Ia juga telah memiliki dagu, hidung, dan kelopak mata yang jelas. Di dalam rahim, janin kita mulai dapat melakukan aktifitas seperti menendang dengan lembut Nya .

Pada minggu ke 12-16:

Paru-parunya janin mulai berkembang dan detak jantungnya dapat didengar melalui alat ultrasonografi (USG). Wajahnya mulai dapat membentuk ekspresi tertentu, dan di matanya mulai tumbuh alis dan bulu mata. Kini ia dapat memutar kepalanya dan membuka mulut. Rambutnya mulai tumbuh kasar dan berwarna. Bahkan kakinya pun sudah tumbuh lebih panjang dari tangannya.

Photobucket

Pada minggu ke 16-20:

Hidung dan telinga tampak jelas, kulit merah, rambut mulai tumbuh, dan semua bagian sudah terbentuk lengkap. Pembuluh darah terlihat dengan jelas pada kulit janin kita yang tipis. Tubuhnya ditutupi rambut halus yang disebut lanugo. Si kecil kini mulai lebih teratur dan terkoordinasi dan beraksi terhadap suara ibunya.

Pada minggu ke 20-24:

Pada saat ini, alat kelaminnya mulai terbentuk, cuping hidungnya terbuka, dan ia mulai melakukan gerakan pernapasan. Pusat-pusat tulangnya pun mulai mengeras. Selain itu, kini ia mulai memiliki waktu-waktu tertentu untuk tidur.


Photobucket


Berkat teknologi 3D Ecography, kita boleh melihat sang janin kita dengan jelas, bahkan jelas wajahnya.


Photobucket

Pada minggu ke 24-28:

Di bawah kulit, lemak sudah mulai menumpuk. Di kulit kepala rambut mulai bertumbuhan, kelopak matanya membuka, dan otaknya mulai aktif. Ia dapat mendengar sekarang, baik suara dari dalam maupun dari luar (lingkungan). Ia dapat mengenali suara ibunya dan detak jantungnya bertambah cepat jika ibunya berbicara.


Photobucket

Pada minggu ke 28-32:

Walaupun gerakannya sudah mulai terbatas karena beratnya yang semakin bertambah, namun matanya sudah mulai bisa berkedip akibat melihat cahaya melalui dinding perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke dunia, si kecil kemungkinan besar telah dapat bertahan hidup. Si kecil kini sudah terbentuk dengan sempurna.

Pada minggu ke 36:

Sang bayi kerap berlatih bernafas, mengisap, dan menelan. Rambut-rambut halus di sekujur tubuhnya telah menghilang dan badannya menjadi lebih bulat. Bayi yang dikandung oleh sebagaian wanita yang hamil untuk pertama kalinya akan mengalami penurunan, yaitu turunnya kepala ke rongga panggul (bayi sudah “turun”).

Pada minggu ke 38:

Kepalanya telah berada pada rongga panggul, siap untuk dilahirkan. Hal tersebut menunjukkan bahwa waktu persalinan sudah dekat. Kini, sang bayi seolah-olah “mempersiapkan diri” bagi kelahirannya ke dunia.


Photobucket

Pada minggu ke 40 [9 Bulan]:

Apa yang dulunya hanyalah sebuah sel, sekarang telah menjadi manusia. Dalam beberapa hari, bahwa bayi telah siap untuk dilahirkan. Sang bayi masih tidur dengan tenang di dalam rahim ibunya.
Ia tidak mengetahui bahwa sesaat lagi ia akan meninggalkan “rumah”nya untuk melewati proses terbesar dalam kehidupannya yaitu KELAHIRAN Nya itu ! Walaupun proses ini menyakitkan bagi sang ibu dan sang bayi tetapi melalui hal inilah…

KEAJAIBAN KEHIDUPAN TERJADI DENGAN PENUH KASIH SAYANG DARI SANG IBU DAN AYAH !


Photobucket


Ini lah alam ke dua yang di lalui oleh kita manusia ini .yang mana kita mempunyai 5 alam semua Nya .dengan 5 solat sehari semalaman

5 Alam :
1 . Alam roh .alam mula mula kejadian Nyawa kita .
2 . Alam yang kita bicara ini alam rahim atau kandungan .
3. Alam Dunia yang kita hidup sekarang ini .yang mana kita sudah mula lalai dan lupa kepada Allah swt yang mengcipta kita dengan kita meninggalkan buku novel Al-Kitab Allah swt Al-Quran yang berbahasa arab wahyu yang huruf Nya bermula dari kanan sebagai bahan kehidupan seharian kita .
4 .Alam kubur atau barzakh .semasa mati kita esok hari
5. Alam yang mana kita semua akan dikumpul kan semua Nya yang dipanggil alam padang masyar .Bila mana dunia ini akan dihancurkan oleh Allah swt pada satu hari nanti yang kita nama kan kiamat .


Photobucket


5 waktu solat sehari semalam .

1 subuh . Roh Nyawa kita mula di ciptakan .


2 zohor . waktu di alam rahim .


3 Asar . Waktu menuju kepetang dan akan menghadapi malam .Waktu hidup di Dunia ini dan kita akan mati .Subuh hingga Asar itu lah waktu hidup kita di atas Dunia ini yang sebenar nya .Kata kita mula dilahirkan dan mati umor kita 99 tahun waktu ini pada kiraan Allah swt ada lah subuh hingga ke Asar sahaja .Bergitu pendek sekali .Kerana 1000 tahun kita hidup di dunia bagi Allah swt baru 1 hari .


Sebab itu turun Nya surah al – Asari Ayat 1 – 3 ,
Allah swt Ingat kan kita supaya jangan lupa dan lalai kerana hanya 4 manusia sahaja yang tidak rugi di dalam kehidupan Nya di dunia ini .

Firman Allah swt kepada kita yang masih hidup Lagi ini dengan Sumpah Nya ,

“ Aku bersumpah Demi watu Asar “

Sesungguh Nya manusia itu di dalam kerugian melainkan 1 mereka yang beriman pada Allah dan Rasullilah saw .2 mereka yang taat setia pada Allah yang berbuat banyak kebaikan yang soleh dan solehah .3 mereka yang bercakap benar kerana Allah dan 4 mereka yang sabar kerana Allah .

4 Magrib .Waktu gelap malam .Ini Alam kubur kita .

5 Isyak .Malam hari hingga kepagi .Ini alam padang masyar Perbanyak kan lah solat malam hari (.Kiam'mun'lai ).Semasa orang lain tidur kita bangun menggadap Rob’bi kita ,menggadu munajat dll .Insyallah Allah akan terang kan hati kita membuka hijab hati perasaan kita melihat segala kehidupan 5 alam yang di ciptakan ini untuk kuatkan keyakinan kita .

Maka terjadi lah kita berjaga solat malam 2 rakaat mereka tidur lena .mereka jaga tapi mereka masih tertidur di dalam kehidupan mereka dengan lalai terlupa pada Allah swt (yakni mati hati perasaan mereka terhadap al-quran yang maha mulia maha suci lagi maha Agong .mereka tidak dapat fahami nya .Na’u’zubillah hi min zalit .) ,sedang kan kita masih terjaga membicarakan sesuatu kebenaran kerana mu rob’bi .

Sebab itu tiap tiap waktu solat kita membaca Surah Al-Fatihah Ayat 2 .

Ingatan Allah swt supaya kita tidak lupa diri kita yang berbunyi .
“ Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam .

Surah Al-Fatihah Ayat 2


Photobucket

“ Ya Allah Ya Tuhan kami Selamatkan kami semua dari siksa kubur mu .

Amin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Rob’bal’alamin .

Thursday, November 13, 2008

1,750 peluang kerja di karnival pekerjaan mulai esok


KUALA LUMPUR 12 Nov. - Sebanyak 1,750 peluang pekerjaan ditawarkan pada Mini Karnival Pekerjaan 2008 peringkat Wilayah Persekutuan bermula Jumaat ini.

Menurut kenyataan Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan, karnival selama tiga hari itu akan diadakan di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah, Jalan Chan Sow Lin di sini dan terbuka kepada pencari kerja tanpa mengira latar belakang akademik.

Sebanyak 20 majikan terlibat dalam karnival itu antaranya Proton, Mydin dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Mereka yang berminat perlu membawa dokumen asal kelulusan akademik beserta salinan fotostat, gambar berukuran pasport, resume serta dokumen berkaitan.

Temuduga terbuka juga akan dijalankan sepanjang karnival yang berlangsung dari 9 pagi hingga 5 petang.

Monday, November 10, 2008

Friday, October 31, 2008

Keputusan exam SPA 8,Skim 15 Jawatan - PTD

Salam
Keputusan exam SPA skim 15 jawatan dah keluar, untuk jawatan PTD sahaja. Ada ke sesiapa yang lulus? Kalau lulus tahniah diucapkan. Yang gagal tu tunggu keputusan 14 lagi jawatan yang belum keluar. Jangan berputus asa cuba lagi.
Wassalam
Kak Zie

Wednesday, October 29, 2008

Sorry perjumpaan hari ni tak jadi











Salam buat semua...

Sorry kepada semua perjumpaan hari dibatalkan sebab Aliff ada keje luar. Di sini disertakan gambar masa Jamuan Raya MOF.

Tuesday, October 28, 2008

Kepada semua Pegawai kontrak intake June 08

Diminta kepada semua berkumpul di cafe pada pukul 1.00 tengahari esok (29/10/08).

Friday, October 24, 2008

Jamuan Raya Bajet

Hari ni jamuan raya anjuran kelab keluarga bhgn belanjawan(K2B2). Malas nak cakap banyak, mesti fizah n jen tak sabar2 nak tengok gambar .. he..he..


Fizah n Jen ngan PBB kitaorg yg baru Yg.Bhg Datuk Rahamat Bivi


Kenangan terakhir bersama YG. Bhg. Datuk Latifah, ex-PBB yg kini dah jadi Jusa A, Timbalan KSP ... aku la yg sebelah Datuk tu ...
Belajar beramah mesra dengan bos baru ...
KSP dan Datuk Latifah.

Amboi ... main suap2 la pulak ... ala Ila apa bestnya suap si Fiza ni ... baik ko suapkan satunya2 kumbang kat bawah ni ... mata pejam ... tapi mulut muncung ...



Apahal la mamat sorang ni ... suruh makan jer ... bukan tangkap lentok sekali.
Fizah , PTD Azlin, Ila, Onie dan Jen ... aku ... yg tukang ambik gambar la ... daaaaa!






























Monday, October 20, 2008

Jamuan Raya, Majlis Perpisahan dan Mengalu2kan YBMK1

Hi kawan2 ... ni jer gambar yg akak dapat utk jamuan raya MOF ni ... mana2 tuan punya kamera yg lain2 ... jgn la segan silu nak letak kat blog ni yer ... forum kiter tu akak jarang masuk ... banyak sangat la ni ... mahir pun idak .. he..he..

Ni muka2 yg dah kebulur sangat terbau2 nasi beriyani kat tepi tu ...




Thursday, October 16, 2008

~ saLam aiDiLfiTri ~

erm... masih lagi mo0d raya kan...
kengkawan kita kat forum pun senyap je..al maklumla lepas2 raya ni keja menimbun2...
sama la nasib kita semua nih..belum kira dengan yg modem meletop, internet tak berbayar dan macam2 lagi...hehehehe
apepun...walaupun kita tak sekerap dulu lepak kat forum n blog ni..kita still leh update kengkawan yg lain ttg committee kita ni la...
so..slamat bekerja rajin2...
untuk aku lak..doakan la aku tabah menghadapi hari2 yg penuh ngan meeting..pas keja br leh siapkan keja2 lain..huhuhuhu

~NaDeeYa_MisKiMaN ~

Wednesday, October 15, 2008

Peluang Pekerjaan


Salam...

Apa khabar ...semua senyap je lepas raya ni...busy ke? Kepada sesiapa yang nak cuba nasib...mana lah tahu kalau ada rezeki dapat kerja tetap. UKM ada menganjurkan hari kerjaya 2008 (yang terbesar setakat ni berbanding tahun2 sebelumnya) boleh la berkunjung di hari kerjaya UKM pada 17 hingga 19 Oktober ni. Kalau nak maklumat lanjut boleh buka laman web www.ukm.my. Boleh tengok senarai syarikat, kementerian, IPTA dll yang buka booth kat sana. Temuduga terbuka turut di adakan. Semoga berjaya mendapat kerja tetap.


Wassalam

K a K Z i E / ZiE

Monday, October 13, 2008

Watikah Dari Budget

Salam semua,

Baru dapat surat penempatan baru ... dari sektor A ( Pkhdmtn Am) ditukarkan ke sektor E (ekonomi) bermula 15 Oct. ni. Ditempatkan di Unit Pembangunan Usahawan dan Koperasi di bawah En. Huzaini ...

Perasaan tu sedih gak la ... rasa dah akrab sgt ngan staf2 kat sektor A ni ... tapi nak buat camana ... redhalah ... walau dengar macam2 pasal bos baru ... harap dapat buat the best kat tempat baru.

Kak Jem

Tuesday, October 7, 2008

Kak Eta berceloteh

Salam semua

Selamat bekerja semula.. Hari ni start keje dan untuk makluman u all, akak dapat surat dari PSM , akak kena tukar ke bahagian PSM, katanya under En.Razihan. Dulu mula-mula masuk akak dapat BSWP, then tukar BCP (Bahagian Perancangan Korporat) sekarang masuk BSWP balik... sedihnya nak tinggalkan bos kesayanganku.....

Seminggu sebelum raya akak sibuk dengan meeting post-cabinet yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib. Dapatlah tengok muka dia dekat2 sbb dalam meeting tu akak kena amik minutes.... Seksa jugak nak amik minutes sbb depa meeting cakap om putih. Tapi Alhamdullillah berkat tunjuk ajar dari my bos iaitu En. Abu Shamsi, tugas itu dapat juga diselesaikan. Nampaknya lepas ni tak jadi secretary lagi le... tempat saya akan diganti dengan En. Azman Yusof... tentang bila nak tukar kerja tu tak tau lagi. Tapi dalam surat tu berkuatkuasa 24 septeber 2008. Lecehlah kalau nak kena pindah office..

Pasti akak akan update u all bila kena pindah atau lain-lain hal ok..

Sibuk gak harini. Tapi Alhamdullillah meeting post-cabinet esok takde.. Kalau tak mesti lagi-lag-lagi sibuknya...

Thursday, September 25, 2008

-SeLamaT HaRi RaYa AiDilFitri-

Mata kadang kala salah melihat
Mulut kadang kala salah bercakap
Hati kadang kala salah menduga
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

MohoN MaaF ZahiR dan BatiN

p/s : Jemput datang rumah di Bkt Jelutong, Shah Alam
Kak Jem



Tuesday, September 23, 2008

Lawak Temuduga

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?", tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata,"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari""Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua."KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga."Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga."Jawapan yang terhebat setakat ni.

Bagaimana pula dengan kamu?"CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat dengan yakin sekali.

"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... ....."Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan... ......... ..hehehehehhe. ......... ......... ......... .

Monday, September 22, 2008

Salam Aidilfitri...

Hai sahabat2 ku semua (Peg.Tadbir N41 Kontrak) Intake June 2008..
Dikesempatan ini, fiza nk ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin"...
Seandainye sepanjang perkenalan kta ada terkasar bahasa, tersilap bicara dan terguris perasaan..ampun maaf diminta..
Seronok sgt dpt berkawan dgn korang2 yg otak giler..happy go lucky..utk "kakak2' batch kta...you all pun mmg sporting..
Datanglah ke rumah raya nnti..umh kt mlaka la....bak kata nadia, kta leh wat konvoi berhari raya ke umh kengkawan...bru rasa seronok..Mgkn umh adi la kta serang dlu sbb adi duk ngan family kt sini..yg lain semua family ada kt kampung...

Salam Aidilfitri...
Norhafizah Bt. Mat Yusuf
(Fizah_Bajet)

~sELaMat HaRi raYa~

untuk semua kengkawan di MoF..
thanks for all of you..walaupun aku da tak keja ngan MoF tp korang stil nak kawan ngan aku..huhuhuhu..terharu beb...buat bebudak BEA, thanks for all the supports..korang mmg kengkawan plg best..
for the rest..thanks jugak..kita mmg tak rapat sangat time kat MoF kan..tp tataw la..lepas aku quit dr situ kite leh kamceng lak..tula..tiap2 yg jadik tu ada hikmahnya..dulu aku rasa berat je nak tinggal korang..da tak dapat keja ngan korang..da tak dapat hang out ngan korang..tp beyond that Tuhan bagi kita wat blog, wat forum...aku tak rasa rugi quit dari situ skang..sebab aku still leh kawan ngan korang semua...
erm..bagus ada kengkawan yg gile2..lelagi macam guys from our batch..otak da penat keja, mmg best la layan lawak korang..heheheh
yg girls pon sama je..sume kaki lawak, kaki gelak..

so..sempena nak raya ni..aku mintak maaf bebanyak..kot2 dalam tak sedar aku ada terlepas cakap ke, terkasar ke, apa ke..aku mintak maaf la ek..??ari raya kang jemputla dtg umah..tak pun kita konvoi ramai2 pegi raya umah yg dekat2..paling dekat adalah umah adi..hahahahaha...siap2 la duit raya ek bang...???

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~

NaDeeYa_MisKiMaN

Thursday, September 18, 2008

Gaji Bulan September

Kawan-kawan, gaji bulan ni dan bonus pertama 2008 diawalkan 2 hari iaitu pada 23 September ni. Kalau nak ikut cakap kerani yg salurkan duit dari Bajet,kita semua tergolong dalam mereka yg bakal menikmati bonus ni. So harap2 la impian jadi kenyataan.

Kjem

Gambar Hari Lapor N41

2 Jun 2008, pastinya hari bersejarah yang akan tersemat selamanya di ingatan. Hari pertama kita mendaftarkan diri sebagai seorang kaki tangan MOF, walaupun hanya untuk ambilan kontrak selama 2 tahun. Selama 3 hari kita berkampung di Bilik Mesyuarat, Seksyen Pengurusan Manusia (PSM) sebelum ditempatkan di bahagian masing-masing.

Buat member seangkatan di Bahagian Pengurusan Belanjawan, Tajul, Jennifer, Onie, Ila dan Fizah ... hampir seminggu kita berkampung di library, seolah kita tidak diperlukan, hanya kerana mereka tidak mahu menggunakan tenaga pekerja kontrak seperti kita. Pahit, tetapi kini menjadi satu kenangan terindah kita.

Gambar ini diambil dari gallery forum kita ... thanks adi ... sengaja kuabadikan di sini buat tatapan member2 ... hanya sebahagian yg saya kenal ... harap dapat up-date nama2 yg lain. Semoga ukhwah yg terjalin ini kekal selamanya.

Firdaus, Tajul, Adiputra, Munawir, Mior dan Aliff

Depan Mad Kilau, yg lain2 dah kenal kan


Rozita Shahidin (tulip merah) dan Baiti

Kak Jem, Mahfuzah, Sabariah, Nurdalila, Siti dan ?


Siti Hajar Hairunnisa', Zahariana (Nana) dan Ain

Gambar yg ini cuma kenal Jennifer dan Diana, yg lain harap dapat tolong up-date ye


Wednesday, September 17, 2008

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya kepada semua... kak eta

Isu Kad Jemputan Kahwin

Hanya untuk makluman bersama, juga boleh lah di war-warkan kepada kawan-kawan atau pun saudara se islam. Pagi semalam mendengar tazkirah di RMKL, mungkin ada diantara you all dengar juga.

Ianya berkaitan dengan kad-kad jemputan. Yang kita terima atau pun yang kita beri kepada orang. Tak kiralah kad jemputan jenis apa pun. Kad kahwin, kad ucapan, kad birthday dan macam-macamlah jenis kad sekarang ini. Yang paling utama sekali kad jemputan Kahwin. Sekiranya kita nak membuat atau nak menempah kad kahwin tersebut, jangan sekali-kali tulis perkataan Bismillah atau Assalamualaikum atau Hadis-hadis dalam bahasa arab or jawi..

Tulislah dalam bahasa rumi. Sebab nya, setiap kalimah dalam bahasa arab itu, ada kalimah allah dan dzat-dzatnya.Orang yang menerima kad tersebut belum tentu akan menyimpan kad tersebut untuk selama-lamanya seperti menyimpan al-quran. Rasanya kebanyakan kita pun membuangnya dalam tong sampah.

Jadi, janganlah kita memandang kecil perkara ini, yang mana dosa membuang kad yang tertera kalimah Allah itu sama dengan kita membuang al Quran. Dan simpanlah dengan elok dan untuk selama-lamanya kad-kad yang kita terima sekiranya tertera kalimah allah. Kalau nak buang, buatlah sepertimana cara kita nak memusnahkan al-Quran lama. Wallah hu alam.

Salam Ukhwah : K jem

P/S: Kekadang perkara yg kecil2 ni kita x perasan walhal impaknya amat besar

Tuesday, September 16, 2008

Sekadar Renungan

Kawan-kawan, sebagai sekadar renungan kerana sebagai manusia kadang-kadang kita alpa.

"Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan, kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNYA."

Moral of the story, jangan berputus asa dalam pencarian kita mencari kerja tetap, namun jika hasil sebaliknya, pasti ada kemanisan lain yang menanti di hadapan.

Salam Ramadhan. Kak Jem

Monday, September 15, 2008

Salam Ramadan

Terima kasih Ita....

Dengan adanya blog N41 ni boleh la zie belajar cara nak buat blog. Selama ni dok baca blog orang je.

Friday, September 12, 2008

Bahagian Pengurusan Kewangan Strategik

Nama: Siti Hajaraishah Bt Mohemod
Nama Timangan: Hajar
Ext: 4746
Treasury Email:


Nama: Siti Hairunnisa Bt Ismail
Nama Timangan: Nisa
Ext: 4745
Personal Email: sha_isabel85@yahoo.com
Treasury Email: hairunnisa.ismail@treasury.gov.my