:: Do YoU LoVe to saVe? ::

Thursday, November 13, 2008

1,750 peluang kerja di karnival pekerjaan mulai esok


KUALA LUMPUR 12 Nov. - Sebanyak 1,750 peluang pekerjaan ditawarkan pada Mini Karnival Pekerjaan 2008 peringkat Wilayah Persekutuan bermula Jumaat ini.

Menurut kenyataan Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan, karnival selama tiga hari itu akan diadakan di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah, Jalan Chan Sow Lin di sini dan terbuka kepada pencari kerja tanpa mengira latar belakang akademik.

Sebanyak 20 majikan terlibat dalam karnival itu antaranya Proton, Mydin dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Mereka yang berminat perlu membawa dokumen asal kelulusan akademik beserta salinan fotostat, gambar berukuran pasport, resume serta dokumen berkaitan.

Temuduga terbuka juga akan dijalankan sepanjang karnival yang berlangsung dari 9 pagi hingga 5 petang.

No comments: